Thursday, July 31, 2008

9 anak setan

Ambo nak kongsi sikit, jumpa satu artikel yang menarik untuk jadi tatapan kita semua...takut2 kita akan tergolong dalam jenis anak setan.

Umar al-Khattab berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan...

1. Zalituun -Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
p/s: musim2 minyak mahal ni...rentikanlah sifat boros tu..ubah gaya hidup..kata DS najib.

2. Wathiin -Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan -Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
p/s: konfirm perangai pemimpin beza la sendiri antara pemimpin umno, pas, pkr, dap..sape makan cili die rase pedas...

4. Haffaf -Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).
5. Murrah -Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
p/s:konfirm golongan artis yang tidak tahu batasan agama.

6. Masuud -Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.
p/s: pesan kat sendiri dan kepada rakan²

7. Daasim -(# BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai,suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan -Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus -Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

p/s: adakah ada ciri² macam kita...fikir²kan lah...TQ

Tuesday, July 29, 2008

mubahalah-muzakarah-muqabalah???

Giat di media massa menggunakan perkataan daripada bahasa arab,mungkin ia satu fenomena baru agar rakyat berjinak-jinak dengan belajar bahasa arab. Bermula dengan isu mubahalah yang bermaksud bersumpah, timbul pula muzakarah maksud ingat-mengingatkan, lastly bangkit pula muqabalah, maksudnya pertemuan bersemuka. Semua ini lahir daripada keadaan politik negara yang semakin hangat, lebih panas daripada cuaca di Malaysia. Mungkin rakyat makin sedar tentang pentingnya terlibat dengan politik, kalau tidak terlibat pun, rakyat harus sedar dan mengikuti perkembangannya, agar tidak ketinggalan dek arus politik negara. muhabalah ke, muzakarah ke, muqabalah ke, mudharabah ke, mughallazah ke..semua ni, kite harus sedar bahawa terms islamic makin diterima ramai tak kira muslim atau non-muslim.

Wednesday, July 23, 2008

semakan temuduga KPLI

salam..kepada sahabat-sahabat yang pernah menduduki mtest, boleh buat semakan di sini .sekian, harap maklum.selamat berjaya mendidik anak bangsa.

Monday, July 14, 2008

sikit-sikit kasi belajar

Alhamdulillah...ambo skit-skit belajar pasai blog...mencabar jgk nak update blog ni ye..tp. alhamdulillah, ambo dapat tunjuk ajar secara tak langsung dari sorang member..nak tau sape? check laa.. www.opaq.blogspot.com...TQ.

Saturday, July 12, 2008

poket makin kering

Rata-rata rakyat dok mengeluh pasai harga barang mahal..semuanya naik, income je tak naik²..bukan rakyat tidak bersyukur dengan apa yang diperolehi, tetapi nak dapat pun payah..sebab harga barang mahal..kalau dapat beli pun dengan kuantiti yang kecil..bagaimana pula dengan nasib keluarga yang besar, anak-anak ramai, kebanyakannya keluarga besar ini terdiri daripada golongan yang sederhana dan miskin, bagaimana mereka harus lakukan untuk survive. Sudah menjadi lumrah, orang berharta kurang bilangan anaknya, mungkin tiada masa untuk servis anak², berbanding dengan golongan sebaliknya. Mungkin juga asyik menguruskan harta dan perniagaan masing². Ini bukan persoalannya, kita sedang menuju kehancuran, rakyat marhaen semakin menderita dengan tekanan hidup yang mencengkam mereka, pendapatan malar, perbelanjaan semakin bertambah, simpanan mengecil, kepada siapa lagi harus ditagih simpati. Yang pastinya, kepada Allah SWT kita pohon keampunan dan mengharapkan belas kasihan. Kembalilah kepada dasar dan undang² yang telah digariskan oleh Allah dalam risalah Al-Quran. Mohon keampunan untuk semua, agar kita diberi petunjuk dan hidayahNYA, untuk melihat pemimpin golongan mana yang benar-benar ikhlas memperjuangkan hak kita.

Wednesday, July 9, 2008

singkatnya solat jumaat....

Alhamdulillah, hari ni dah hari khamis, kalau dipanjangkan umur..wajiblah bagi lelaki muslim untuk menyempurnakan solat jumaat pada esoknya...yang menjadi kerisauan kini, ramai umat islam kurang kualiti dalam penyempurnaan solat jumaat, sedih jugak rasenye..bila tiang dan tonggak perpaduan muslim makin diruntuhkan. kalau diperhatikan dengan kecelikan hati, ramai jemaah memandang enteng soal ketepatan masa solat jumaat...ramai yang datang liwat..silap lewat..tapi balik awal....waktu zohor biase masuk pukul 1.30 pm..khatib dah mula khutbah barula terhegeh-hegeh nak masuk masjid..sedangkan waktu tu malaikat sudah duduk utk mendengar khutbah...xde mase dah utk mencatat amalan...so, xdela pahal solat jumaat hr tue..bile sudah je imam bagi salam, jemaah dah mule labuhkan pungung tinggalkan jemaah..xsempat nak aminkan doa bersame-same..xkire la di kampung ke bandar ke..same je..fenomena ni dah mula merebak ke serata pelosok malaysia dan takut menjadi virus yang x mampu lagi diubati..kesimpulannya, kalau ianya terus berlaku...maksudnya ramai yang x dapat pahala jumaat..mungkin sia-sia ibadat solat jumaat kite..nau' zubillah.

Monday, July 7, 2008

Lelaki idaman muslimah

Biarlah dia seorang yang buta

Kerana matanya sunyi dari melihat perkara-perkara maksiat dan laghah

Kerana kedua matanya terpelihara dari memandang aurat wanita ajnabi

Asalkan kedua matanya terang dalam memerhati keagungan ciptaan Allah

Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam

di Palestin, Bosnia, Ambon dan seumpamanya.


Biarlah dia seorang yang bisu

Bisu dari pujuk rayu yang bisa mengoncang keimanan

Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa meracun fikiran

Bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran

Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan

Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran

Asalkan dia petah membangkang kemungkaran dan dia lantang menyuarakan kebenaran


Biarlah dia seorang yang bakhil

Bakhil dalam memberi senyuman pada wanita yang bukan mahramnya

Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat

temujanji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya

Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya

kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya

Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah dengan Khaliqnya

Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya

Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran

Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya

bahkan nyawanya demi melihat kalimah syahadah

Kembali megah di muka dunia


Biarlah dia seorang yang papa

Papa dalam melakukan perkara maksiat

Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah dan tidak bermanfaat

Papa memiliki akhlaq mazmumah

Tetapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan

Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlaq dan budi pekerti yang mulia

Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya

Dan dia seorang yang kaya dalam menanam impian

untuk menjadi seorang syuhada yang syahid di jalan Allah.

Thursday, July 3, 2008

Salam perkenalan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Inilah kali pertama saya menghiasi dan mewarnai ruangan maya negara, sebelum ini saya hanya membaca, mengkaji, menilai dan mengolah serta menyampaikan pendapat bersama rakan-rakan tentang blog yang dibaca. Kini, saya hadir untuk bersama-sama mengutarakan pendapat bagi kebaikan bersama. Salam Perkenalan-darulhannan.