Monday, September 29, 2008

Salam Aidil Fitri

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, hari ini adalah hari terakhir kita berada di bulan Ramadhan, setelah berjaya mengharungi cabaran seharian berpuasa. Saya mengucapkan tahniah kepada yang berjaya mengekang nafsu durjana dalam melakukan ibadat di bulan mulia ini. Kepada yang kurang berjaya, doakanlah agar kita dipanjangkan dan diberkati usia kita agar dapat berjumpa lagi Ramadhan akan datang 1430H, untuk manfaatkan sebenar-benarnya ibadah dan mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Di samping bergembira bersama keluarga, saya harap kita akan teruskan tradisi ziarah-mengziarahi ke rumah-rumah sanak-saudara untuk mengeratkan lagi silaturrahim di antara kita, terutama sekali dengan rakan-rakan kita yang sudah lama tidak ketemuan.

Kepada suami, mohonlah maaf pada isteri anda, walaupun berat bagi seorang lelaki ingin memohon maaf, ampunkanlah dosa mereka, hargailah jasa dan penat lelah isterimu.

Kepada Isteri pula, sayangilah suamimu, mohonlah ampun dan maaf dari suami,agar kehidupan kalian sentiasa diberkati Allah.

Kepada anak-anak, khususnya yang dah lama tak ketemu ayah bonda, jangan jadikan alasan sibuk sebagai penghalang silaturrahim kalian sekeluarga, jangan derhaka pada ayah bonda, pohonlah ampun sebanyak²nya. Teruskan tradisi untuk maaf-memaafkan sesama insan walaupun setelah habisnya raya.

Akhir kalam, kepada abah dan maa, papa dan mama, kakak, abang, adik-adik, isteri, saudara-mara, rakan-rakan yang disayangi, hati-hati di jalanraya, maaf zahir batin.

darulhannan...


Amalan akhir Ramadhan

"Pada satu hari datang seorang wanita yang sangat cantik parasnya bertemu rasulullah....

pada waktu itu rasulullah dikelilinggi para sahabatnya.semua sahabat sangat terpegun dengan kecantikan wanita itu.setelah wanita itu berada dihadapan rasul s.a.w...para sahabat memberi perhatian apa yang hendak dikatakan oleh wanita itu..

wanita itu meminta izin dan berkata..ya rasulullah,,tolong carikan saya seorang suami..semua sahabat rasa sangat teruja..rasul s.a.w bersabda..insyallah..seterus kata wanita itu..suami yang saya impikan itu mestilah memenuhi tiga syarat..sabda rasul s.a.w..

insyaallah baginda akan cari sebaimana yg wanita itu mahukan di kalanggan sahabat baginda..kata wanita yang sangat cantik itu..syaratnya yg pertama sisuami nya itu mestilah seorang yg solatnya sepanjang malam..yg kedua si suami itu mestilah seorang yg khatam alguran setiap hari sepanjang malam..

syarat ketiga suaminya itu mestilah seorang yang berpuasa sepanjang tahun hari hari ..melainkan hari yang diharamkan berpuasa sahaja .setelah mendengar itu semua sahabat rasul s.a.w..rasa kecewa..kerana masing masing rasa tak mampu memenuhi syarat yg telah diminta wanita cantik itu..rasul s.a.w..

bertanya semua sahabat baginda..adakah mereka semua telah mendengar apa yg dikatakan wanita itu dan syarat syarat untuk menjadi suami nya..semua nya menjawab ..yaa rasulullah..dan baginda bertanya adakah sapa sapa yang sanggup...semua nya senyap..setelah rasul s.a.w..bertanya lagi dan tiada siapa yg sanggup..tiba tiba ada seorang sahabat yang berada dibelakang sekali dlm majlis itu..dan sahabat yg tidak terkenal dlm majlis tu..bangun dan berkata..yaa rasulullah saya sanggup terima wanita itu dan syarat syaratnya sekali..dan..semua sahabat rasa sangat terpegun dengan kemampuan sahabat tadi..ringkas cerita..rasaul s.a.w..pun mengahwin kan mereka..

kebetulan waktu bulan ramadan..jadi sahabat tadi pun menjalani kehidupan macam biasa..dengan melakukan solat ,baca alguran dan berpuasa..setelah lepas ramadan semua baru bermula apabila wanita tadi melihat suami nya tidak melakukan apa yang dijanjikan sebelum kahwin dulu..maka beliau pun mengadu kepada rasul s.a.w...dihadapan sahabat yang ramai seperti mula mula bertemu dulu..maka wanita tadi mengadu..ya rasulullah..suami ku tidak menunaikan apa yang disyaratkan waktu hendak kahwin dulu ..

para sahabat semua rasa ..itulah nak sangat ..sanggup dengan syarat yg berat itu..maka rasul s.a.w. pun bertanya sahabat tadi..benarkah apa yg dikatakan oleh isterinya ..sahabat tadi pun ..dengan penuh hormat berkata..ya rasulullah ..bukankah tuan pernah bersabda..barangsiapa yg solat isyak dan subuh berjemaah seolah olah beliau telah bersolat sepanjang malam..dan berkata lagi bukan kah tuan pernah bersabda barangsiapa membaca qulhuwallah hu ahad 3 kali diikuti al falaq dan annas..seolah olah ia membaca sebuah alquran..

dan bukan kah tuan pernah bersabda barang siapa berpuasa sebulan dibulan ramadan dan diikuti dengan 6 hari dbulan syawal seolah ia berpuasa setahun penuh...wahh...semua sahabat takjub dengan jawapan sahabat tadi....kalau itu lah syaratnya semua nak berkahwin dengan wanita tadi...jadi ..tetap sahabat tadi menjadi suami kepada wanita cantik jelita tadi..itulah balasan kepada org beriman didunia ..di akhirat nanti ..hanya allah s.w.t yg tahu...

moral nya solat lah berjemaah lebih lebih lagi isyak dan subuh..bacalah alquran sekurang kurangnya 3 qul..dan puasalah sunat 6 hari dibulan syawal...

Wednesday, September 24, 2008

Happy Eid Mubarak!





betul..betul...betul...raya..raya..raya..

10 sen je!

Hari ni, harga bahan api turun lagi seposen, baguslah kerajaan skang...hari tu cakap, minyak tak bleh turun, kalau tak bangkrap, siap anjur debat lagi nak buktikan kenapa harga minyak harus dinaikkan, apasal turun plak...takkan dah percaya kata² DSAI, bagusla gitu..muafakat membawa berkat, rakyat yang selamat. Dengan turunnye seposen leh la g jalan² raya nanti, kata menteri, hadiah raya kerajaan pada rakyat...tapi, hakikatnya, rakyat masih terkesan dengan kenaikan harga barang yang terus mencanak naik, peniaga ni lambatla nak turunkannye..yang tertindas..akhirnya rakyat kebanyakan jugak...seposen²...baik jadi adik dalam citer p ramlee...20 sen (minta dengan abg suden)....

Monday, September 15, 2008

Ramadhan Kareem

Salam, lama sudah tak berblog ekoran beberapa masalah yang harus diselesaikan, cukup pantas masa berlalu..hari ni dah hari ke-16 berpuasa, bersamaan 16 september 2008, Hari Malaysia yang dicanangkan DSAI, ketua pembangkang Malaysia. Mungkinkah ada peralihan kuasa! Kalau benar ianya benar-benar berlaku, harapnya membawa kesejahteraan kepada Rakyat Malaysia keseluruhannya. Jangan ada pertumpahan darah. Muhasabah kembali sempena dengan bulan Ramadhan yang mulia agar lahir insan, rakyat Malaysia yang berfitrah, yang mahukan keadilan, kebebasan dan kesejahteraan. Ramadhan Kareem!

p/s: tunggu minyak turun, harga pasaran dunia dah USD97, letih dan penat berulang-alik jauh....KB-Jeli...