Saturday, January 22, 2011

PRK kembali lagi....

Bermula semalam, 22 Januari 2011, pilihanraya kecil kembali lagi. Kini di Johor pula. Secara peribadinya saya tidak pernah sampai di Tenang, Labis. Namun, pertembungan seteru politik antara PAS dan PEKEMBAR (singkatan bahasa Melayu)mula rancak, tidak setenang tempatnya. Saya lebih suka menggunakan PEKEMBAR (konon perjuang melayu).

Hari ini mula panas dengan pelbagai serangan peribadi, khusus kepada calon PAS, Cikgu Mala. Dalam mempertahan keislamannya dan keutuhan iman, isu 'tidak mahu bersalam dengan lelaki' menjadi persoalan pihak lawan, khusus MCA.

Secara peribadi, saya tidak salahkan MCA, kerana mereka mungkin tidak tahu atau faham adab muslim (bukan adab melayu), persentuhan dan pendedahan aurat adalah HARAM bagi umat Islam. Kemungkinan besar, pihak PEKEMBAR gagal untuk menerangkan adab-adab muslim, tatacara hidup muslim kepada golongan, walaupun mereka sudah berkawan, bersatu, bertepuk-tepuk tangan sejak daripada merdeka lagi, di mana silapnya? sama saja, pemimpin PEKEMBAR pun bersalam juga, sebab itulah pihak MCA atau GERAKAN membuat tafsiran sendiri bahawa boleh bersentuhan atau berjabat tangan antara lelaki dan perempuan. Rujuklah kepada mereka yang faham Islam, jangan buat tafsiran sendiri.

ulasan mengenai.... http://www.malaysiakini.com/news/154195

Tuesday, January 11, 2011

mata lebah vs mata lalat

Assalamualaikum, saya amat tertarik dengan sesi motivasi pagi radio IKIM.FM pada hari oleh ustaz Zul Ramli selama 15 minit (0730-0745). Pengisian yang amat berguna tentang kebaikan dan keburukan sahabat. Ustaz Zul memberi perumpamaan yang pelik jgk tentang perbezaan mata lebah dengan mata lalat. Pada tabie'nya dua spesies ini memiliki biji mata yang agak sama.

Bila ustaz Zul mengatakan bahawa manusia mempunyai kedua-dua mata spesies ini.





sama ke?



deria penglihatan pastinya sama.
Namun, bila direnung daripada kaca mata hati tentang persahabatan ada maksud tersirat. Rupa-rupanya, seandainya seekor lalat berterbangan di dalam kebun bunga yang indah dan mewangi, ia tetap mencari najis. Tetapi bagi seekor lebah walaupun dalam tapak pelupusan sampah yang amat busuk dan menjijikkan, ia tetap mencari sumber makanan yang indah dah wangi. Itulah kelebihan yang Allah ciptakan terhadap spesies yang istimewa ini.

Firman Allah dalam Surah An-Nahl (68-69):




Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. (68) Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (69)

Begitulah sikap manusia yang memiliki mata lebah dan mata lalat. Dikalangan sahabat yang baik. Mereka hanya melihat sifat negatif yang dimiliki berbanding sifat mahmudah. Kebaikan yang ditonjolkan hanya dilihat dengan pandangan yang sinis.

jAdilah seperti lebah yang sentiasa mencari kebaikan dan bersangka baik dalam bersahabat dan mencari rezeki.

Tuesday, September 14, 2010

SALAM AIDILFITRI

Assalamualaikum,
lama dah tak berblog...raya tahun ni baru ada kesempatan....untuk tahun ke 1431, saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Hannan.

Tuesday, January 6, 2009

Cara membuang tabiat "buang masa"

Pepatah mengatakan "Angin yang sama meniup kita, ianya bergantung
kepada kita untuk melayarinya". Setiap insan mempunyai jumlah
waktu yang sama dalam sehari, iaitu 24 jam. Apa yang menentukan
kejayaan seseorang itu adalah kecekapannya dalam mengurus 24jam
seharinya.

Tabiat membuang masa, atau sering dikenali sebagai
"procrastination" adalah tabiat yang merugikan kita. Sering kali,
kita menunda-nundakan sesuatu kerja, sehingga produktiviti kita
untuk mencapai kejayaan menurun.

Berikut adalah 4 cara bagaimana anda boleh membuang tabiat buang
masa ini:

"Matlamat dikecilkan"

Seringkali kita membuang masa oleh kerana melihat sesuatu kerja itu
terlalu besar untuk ditangani. Adakalanya matlamat yang terlalu
besar menyebabkan kita kurang berkeyakinan dan kurang bermotivasi
untuk mencapainya. Dilihat seperti kerja yang bakal dilalui amat
besar dan tidak kesampaian!

Apa yang anda harus lakukan adalah, pecahkan matlamat yang besar
itu kepada matlamat yang lebih kecil. Matlamat untuk mengumpul 10
ribu ringgit mungkin bunyinya besar, tetapi sekiranya dipecah
kepada unit yang lebih kecil, iaitu menyimpan RM500 setiap bulan,
matlamat akan tercapai juga dalam masa 20 bulan

"Tingkatkan kekuatan tenaga"

Sering kali kerja ditunda atau kerja tidak dapat disiapkan adalah
kerana badan kita terasa penat. Mata kita terasa mengantuk dan
tubuh kita tidak rasa selesa untuk meneruskan sebarang kerja.

Sebab ini adalah, tidak kira sekeras mana anda kerja, tidak kira
berapa jam anda melakukan tugas anda, sekiranya badan anda tidak
mampu menahan bebanan tersebut, produktiviti anda akan berkurangan.

Ambil masa untuk berehat. Tubuh manusia boleh bertahan pada tahap
produktiviti yang tinggi dalam lingkungan 8-9 jam sahaja. Itu pun
sekiranya mempunyai tubuh yang sihat. Adakalanya, dengan hanya
melelapkan mata atau menambahkan masa tidur anda di malam hari, ia
akan menyegarkan semula tubuh anda untuk menjadi lebih produktif
pada keesokan hariinya. Sekiranya anda sering tidur 5-6 jam sahaja
oleh kerana kerja yang banyak, saya cadangkan anda tambahkan masa
tidur anda untuk menyegarkan tubuh anda.

Lakukan aktiviti senaman dari masa ke semasa, kata pakar kesihatan
tidak semestinya anda bersenam setiap hari, walaupun bersenam
setiap hari adalah terbaik. Tetapi, beri masa untuk bersenam selang
beberapa hari untuk menguatkan lagi tubuh anda dan daya ketahanan
badan anda dengan tekanan kerja.

Jaga makan dan minum anda. Kita di Malaysia adalah dalam keadaan
disadvantage oleh kerana makanan kita agak berat jika dibandingkan
dengan makanan barat. Tetapi, perhatikan daya ketahanan mereka di
barat gaya sihat. Tubuh mereka lebih kuat walaupun umur meningkat.

Makan seperti ahli sukan dan bersenam selalu. Tubuh anda akan rasa
sihat, badan anda akan rasa segar- ia akan menambahkan produktiviti
kerja anda. Tiada lagi rasa malas dalam memulakan sesuatu kerja!
Rujuk majalah Maskulin anda untuk tips-tips kesihatan yang
sememangnya akan menjadikan insan yang lebih produktif!

"Suara positif"

Bagaimana tindakan kita bergantung kepada suara yang sering kita
masukkan di dalam minda kita. Buang segala suara-suara negatif
seperti saya akan gagal. Saya tidak dapat melakukan kerja ini.
Orang lain tidak akan suka dengan hasil kerja saya. Gantikannya
dengan suara suara positif- saya akan berjaya, saya akan menyiapkan
kerja ini dengan sempurna dan orang akan memuji hasil kerja saya.

Jadi seorang yang optimis dan berfikiran positif, ini akan
memudahkan segala kerja yang anda lakukan. Walaupun mungkin keadaan
sekeliling menyebabkan perasaan anda lemah dan tidak bermaya,
masukkan gambaran-gambaran positif di minda anda.

Terdapat satu istilah ini mengatakan bahawa kita gembira oleh
kerana kita menyanyi. Dan bukan sebaliknya kita menanyi kerana kita
gembira!

Mereka yang optimis akan...
- Sering melihat segala kebaikan di keliling anda dalam apa
keadaan sekali pun
- Pelajari daripada apa sahaja kesusahan yang dilalui dan terima
dengan hati terbuka
- Sering mencari penyelesaian daripada maslalah, dan bukannya
memperbesarkan suatu masalah.

Orang yang berjaya sering mencerita tentang matlamat mereka. Mereka
sering berceirta tentang masa depan dan bukan mengungkit masa
silam. Lebih positif diri kita, lebih bersemangat dan lebih
produktif kerja yang dilakukan oleh kerana kita akan menjadi
seperti apa yang kita fikirkan selalu. Fikirkan boleh!

"Prinsip 80-20"

Bagaimana kalau saya katakan anda boleh menjimatkan 2 jam dalam
setiap hari anda. Sudah tentu, bunyinya agak menarik!

Prinsip Pareto ini mengatakan bahawa 20% daripada masa yang di
ambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan adalah untuk 80% hasil
daripada tugas tersebut. Dalam erti kata lain, produktiviti anda
akan menurun selepas 20% masa anda diambil!

Oleh itu, bagaimana caranya menggunakan prinsip ini untuk manfaat
anda?

Mudah sahaja. Apabila anda ingin melakukan sesuatu tugas,
bentangkan tugasan tersebut di hadapan anda dan fikirkan strategi
bagaimana anda perlu menangani tugas tersebut. Apabila anda sudah
bersiap sedia dengan apa yang anda perlukan, terus mulakan tugasan
tersebut. Jangan berhenti, dan teruskan sahaja sehingga anda data
menyiapkan apa yang anda termampu. Mungkin ianya mengambil 1 jam...
atau 2 jam. Apa sahaja yang anda mampu lakukan, lakukannya.

Kemudian, berhenti! Ya... berhenti dari melakukan tugasan tersebut.
Ini kerana, anda telah mengambil 20% daripada masa anda yang
benar-benar produktif dalam menyiapkan kerja tersebut. Namun, kerja
tersebut sudah 80% siap!

Apa yang anda perlu laku kini adalah, alihkan perhatian anda kepada
kerja atau tugas yang lain. Mulakan tugas baru dan tidak perlu
hiraukan tugasan tadi. Untuk tugasan baru juga, lakukan yang sama
iaitu, beri tumpuan yang khusus 20% daripada masa yang perlu
diambil, kemudian berhenti. Lakukan perkara yang sama pada tugasan
yang lain.

Dengan melakukan prinsip pareto ini, anda dapat menyiapkan 80%
daripada kerja di tangan dalam 20% masa anda sahaja. Selepas
kesemua 80% tugas anda selesai, anda boleh kembali kepada tugasan
asal untuk menyiapkan 20% sehingga selesai. Kini, keadaan anda
sudah segar daripada tugasan asal, dan produktiviti meningkat semula.

Dengan menggunakan strategi Pareto ini, anda pasti teruja dengan
kecekapan anda menangani masa menyiapkan beberapa kerja serentak!

Note: Nasihat dari Mr Irfan Khairi (Jutawan Internet)

Monday, November 17, 2008

why nue-yue?

menjadi satu persoalan besar pade hr ni..kat sorang member aku...kenape tetibe jek telah bertukar title...kenape nue-yue?..before this, gune title lain...she said enough is enough..tp dengan penuh pelbagai persoaln..aku still tak paham..kenape nue-yue?tp...aku akan terus bertanyakan tuan punye badan...kenape nue-yue?

...whatever...
..i dun care....
...enough is enough...
...kenape nue-yue...
...chingusan..gurl...
..

...kenape nue-yue???

DMFK menulis...

Salam, artikel ni saya nak share yang diperolehi drpd emel member, betul ke idak DMFK menulis soal ini...kalu bukan jgn plak DMFK saman saye ye...just to share cerita menarik dan boleh diamalkan...Dr.Fadhilah Kamsah menulis ........ Assalammualaikum. ...... Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ... Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ....either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ... Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri..arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ....mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya .....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak...samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ...dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ....tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya...dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib. "Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others, and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly....Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you'll lose nothing. WallahuA'lam... Terima Kasih,

Tuesday, November 11, 2008

Isu sajak kematian

Media sekali lagi telah mempersoalkan isu yang berkaitan penghayatan islam melalui seorang mak bapak yang tak berapa nak faham islam, membantah penayangan klip video sajak kematian @ alam barzakh. Untuk tujuan apa bantahan ini dilakukan, kalau tidak untuk menyekat kelangsungan dakwah islamiyah kepada ummat khususnya para kanak-kanak. Sepatutnya, daripada kecil lagi mereka harus dididik bagaimana wujudnya seksaan alam kubur, seolah-olah mak bapak ini tak paham dan tak percaya seksaan alam barzakh. Kalau amalan anak-anak baik dan soleh, takde la kena seksaan kubur tue..nak kata bongok (8 kali bodoh), nampak macam mak bapak tu terpelajar. Tambah mengkecamukkan lagi keadaan, apabila bapak menteri yang ulas dan mengarahkan tayangan dihentikan di sekolah ...sini... Alasannya, tak sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Habih tu..umur berapa sesuai untuk dakwah islamiyah, umur berapa sesuai untuk tau wujudnya pembalasan hari akhirat. Kalau dah tua bangka pon tak paham dan tak dapat beza islam sebenar dengan islam hadhari...patutnya daripada kecil la kena ajar ajaran Islam agar tua nanti tak menyusahkan dan mengelirukan orang. Inilah akibatnya kalau dah terpengaruh sangat dengan ajaran barat, maybe mereka nak serapkan gejala sekularisme di kalangan anak-anak lagi. Kenapa tak hentikan tayangan drama dan filem yang seram tu...citer tahyul lagi khurafat..yang ini confirm merosakkan akidah dan menakutkan bukan hanya kanak-kanak tapi mak bapak depa pon...saya memohon agar umat islam mempertahankan akidah masing-masing bagi mengelakkan kita terus dipermainkan oleh golongan kafir, munafik dan fasik...ALLAHU AKBAR!!!