Thursday, July 31, 2008

9 anak setan

Ambo nak kongsi sikit, jumpa satu artikel yang menarik untuk jadi tatapan kita semua...takut2 kita akan tergolong dalam jenis anak setan.

Umar al-Khattab berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan...

1. Zalituun -Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
p/s: musim2 minyak mahal ni...rentikanlah sifat boros tu..ubah gaya hidup..kata DS najib.

2. Wathiin -Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan -Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
p/s: konfirm perangai pemimpin beza la sendiri antara pemimpin umno, pas, pkr, dap..sape makan cili die rase pedas...

4. Haffaf -Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).
5. Murrah -Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
p/s:konfirm golongan artis yang tidak tahu batasan agama.

6. Masuud -Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.
p/s: pesan kat sendiri dan kepada rakan²

7. Daasim -(# BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai,suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan -Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus -Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

p/s: adakah ada ciri² macam kita...fikir²kan lah...TQ

No comments: