Wednesday, August 20, 2008

Genap 2 Tahun Usia Perkahwinanku

Alhamdulillah, hari ini genap 2 tahun usia perkahwinanku dengan wanita pilihan yang dijanjikan oleh Allah. Aku diijab dan kabulkan pada 20 ogos 2006 jam 12.00 tengah hari. Alhamdulillah, Allah jua telah mengurniakan zuriat yang menjadi penyejuk mata dan penghibur dalam kehidupan kami. Aku terima seadanya dengan penuh tanggungjawab sebagai amanah Allah untuk memastikan baitul muslim akan terbina. Semoga diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan agar zuriatku akan menggegarkan dan menegakkan panji² Islam di muka bumi ini. Di sini ku lampirkan sedikit beberapa kelebihan wanita dalam rumahtangga untuk tatapan bersama. Sayangi, bimbing, dan cintailah isteri dan keluarga anda. wassalam.

  • Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
  • Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
  • Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
  • Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
  • Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
  • Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
  • Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
  • Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
  • Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
  • Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  • Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  • Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
  • Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga
  • Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah

No comments: