Saturday, January 22, 2011

PRK kembali lagi....

Bermula semalam, 22 Januari 2011, pilihanraya kecil kembali lagi. Kini di Johor pula. Secara peribadinya saya tidak pernah sampai di Tenang, Labis. Namun, pertembungan seteru politik antara PAS dan PEKEMBAR (singkatan bahasa Melayu)mula rancak, tidak setenang tempatnya. Saya lebih suka menggunakan PEKEMBAR (konon perjuang melayu).

Hari ini mula panas dengan pelbagai serangan peribadi, khusus kepada calon PAS, Cikgu Mala. Dalam mempertahan keislamannya dan keutuhan iman, isu 'tidak mahu bersalam dengan lelaki' menjadi persoalan pihak lawan, khusus MCA.

Secara peribadi, saya tidak salahkan MCA, kerana mereka mungkin tidak tahu atau faham adab muslim (bukan adab melayu), persentuhan dan pendedahan aurat adalah HARAM bagi umat Islam. Kemungkinan besar, pihak PEKEMBAR gagal untuk menerangkan adab-adab muslim, tatacara hidup muslim kepada golongan, walaupun mereka sudah berkawan, bersatu, bertepuk-tepuk tangan sejak daripada merdeka lagi, di mana silapnya? sama saja, pemimpin PEKEMBAR pun bersalam juga, sebab itulah pihak MCA atau GERAKAN membuat tafsiran sendiri bahawa boleh bersentuhan atau berjabat tangan antara lelaki dan perempuan. Rujuklah kepada mereka yang faham Islam, jangan buat tafsiran sendiri.

ulasan mengenai.... http://www.malaysiakini.com/news/154195

No comments: