Tuesday, January 11, 2011

mata lebah vs mata lalat

Assalamualaikum, saya amat tertarik dengan sesi motivasi pagi radio IKIM.FM pada hari oleh ustaz Zul Ramli selama 15 minit (0730-0745). Pengisian yang amat berguna tentang kebaikan dan keburukan sahabat. Ustaz Zul memberi perumpamaan yang pelik jgk tentang perbezaan mata lebah dengan mata lalat. Pada tabie'nya dua spesies ini memiliki biji mata yang agak sama.

Bila ustaz Zul mengatakan bahawa manusia mempunyai kedua-dua mata spesies ini.





sama ke?



deria penglihatan pastinya sama.
Namun, bila direnung daripada kaca mata hati tentang persahabatan ada maksud tersirat. Rupa-rupanya, seandainya seekor lalat berterbangan di dalam kebun bunga yang indah dan mewangi, ia tetap mencari najis. Tetapi bagi seekor lebah walaupun dalam tapak pelupusan sampah yang amat busuk dan menjijikkan, ia tetap mencari sumber makanan yang indah dah wangi. Itulah kelebihan yang Allah ciptakan terhadap spesies yang istimewa ini.

Firman Allah dalam Surah An-Nahl (68-69):




Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. (68) Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (69)

Begitulah sikap manusia yang memiliki mata lebah dan mata lalat. Dikalangan sahabat yang baik. Mereka hanya melihat sifat negatif yang dimiliki berbanding sifat mahmudah. Kebaikan yang ditonjolkan hanya dilihat dengan pandangan yang sinis.

jAdilah seperti lebah yang sentiasa mencari kebaikan dan bersangka baik dalam bersahabat dan mencari rezeki.

No comments: