Monday, September 15, 2008

Ramadhan Kareem

Salam, lama sudah tak berblog ekoran beberapa masalah yang harus diselesaikan, cukup pantas masa berlalu..hari ni dah hari ke-16 berpuasa, bersamaan 16 september 2008, Hari Malaysia yang dicanangkan DSAI, ketua pembangkang Malaysia. Mungkinkah ada peralihan kuasa! Kalau benar ianya benar-benar berlaku, harapnya membawa kesejahteraan kepada Rakyat Malaysia keseluruhannya. Jangan ada pertumpahan darah. Muhasabah kembali sempena dengan bulan Ramadhan yang mulia agar lahir insan, rakyat Malaysia yang berfitrah, yang mahukan keadilan, kebebasan dan kesejahteraan. Ramadhan Kareem!

p/s: tunggu minyak turun, harga pasaran dunia dah USD97, letih dan penat berulang-alik jauh....KB-Jeli...

No comments: